Hiburan

Utamakan ibadah, Sheila Rusly dan keluarga tunai tarawih di dalam pusat boling

SOLAT terawih adalah ibadah khusus yang sangat dinantikan golongan muslim ketika bulan Ramadan.

Mungkin itu juga yang dirasakan oleh Sheila Rusly dan keluarganya yang sanggup solat terawih di pusat boling di Petaling Jaya, Selangor.

Video solat terawih itu dikongsikan Sheila menerusi akaun Instagram miliknya. Di dalam video itu, mereka dilihat menunaikan solat jemaah di kawasan terbuka di dalam pusat boling tersebut.

Malah, ketika mereka sedang solat juga, masih terdapat pengunjung yang terus bermain boling.

“Malam kelapan. Tiada lagi alasan. Islam itu syumul (sempurna dan menyeluruh). Iftar (berbuka puasa) dan tarawih bersama dengan keluarga besar saya.


“Solat Isyak dipimpin oleh Tuan Haji Jinggo (suami), manakala solat sunat tarawih dipimpin oleh saudara @itsokaymarr,” kata Sheila.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan yang dilakukan oleh Sheila dan keluarganya yang mementingkan ibadah walaupun ketika sedang beriadah. -SM

(Visited 59 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button