Nasional

Kerana dendam, lelaki maut dijerut, ditikam, dikelar leher sebelum dibuang ke tepi jalan

SEORANG lelaki dibunuh sebelum dibuang ditepi jalan oleh dalam kejadian yang berlaku pada 18 April lalu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, mangsa ialah seorang lelaki yang berkerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di SS 15, Petaling Jaya.

“Laporan dibuat oleh ibu saudara mangsa yang bimbang kerana mangsa gagal dihubungi dan didapati telah tidak hadir bekerja pada hari sama.

“Wanita itu kemudian telah ke rumah sewa mangsa bersama majikan dan polis sebelum mendapati keadaan rumah yang berselerak.

“Hasil pemerisaan juga mendapati terdapat kesan kemerahan seperti darah di tepi longkang tandas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa juga mendapati terdapat tiga lelaki tidak dikenali telah masuk ke rumah mangsa pada pukul 12 tengah malam, setengah jam sebelum mangsa masuk ke rumahnya.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati rumah rumah tersebut didiami oleh tiga orang termasuk dua rakan serumah yang lain.

“Apabila mangsa sampai di rumah pada waktu kejadian, terdapat (3) orang suspek telah berada dalam rumah tersebut.

“Seorang daripada suspek merupakan teman serumah kepada mangsa, manakala dua suspek yang lain tidak dikenali oleh mangsa.

“Ketiga-tiga suspek telah menyerang mangsa dengan menjerut leher mangsa dengan kabel wayar
elektrik. Mangsa juga  telah ditarik masuk ke dalam tandas sebelum suspek menikam dan mengelar leher mangsa dengan pisau.

“Mangsa telah dimasukkan ke dalam satu beg yang berwarna hitam dan seterusnya dimasukkan ke dalam tong sampah. Tong sampah tersebut telah dibawa keluar dari tempat kejadian dan dibuang di tepi jalan berdekatan dengan rumah mangsa sebelum kesemua suspek melarikan diri,” katanya.

Ujarnya, kesemua suspek bagaimanapun telah berjaya ditahan semalam di Kajang, Kuala Lumpur dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 557 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button