Jenayah

Perlu dilukis lapis demi lapis, kata pelukis mural bogel

“Gambar mural perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan hingga selesai.”

Itu alasan yang diberikan oleh pelukis mural gambar wanita bogel pada dinding Balai Seni Art Galery, Kuala Selangor kepada pihak polis semasa siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Selangor Ramli Kaba, siasatan telah dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat terdapat gambar tidak senonoh yang dilukis pada dinding Balai Seni Art Galary semalam pada pukul 10.00 malam.

Berikutan maklumat tersebut satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam dan pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawak Seksyen 427 KK/233 AKMM.

“Sisatan dari pelukis lukisan tersebut menyatakan bahawa lukisan tersebut perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan sehingga selesai.

“Tiada unsur-unsur mural yang dilukis ini mencetuskan perbalahan di antara kaum atau menghina mana-mana pihak berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal telah dijalankan dan mendapati projek tersebut dimulakan oleh Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor pada 12 April lalu.

Persatuan itu telah membuat permohonan kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor berkenaan projek lukisan tersebut pada bulan Mac.
Kelulusan telah diberikan pada 22 Mac.

“Walau bagaimanapun pihak MDKS tidak secara jelas diberitahu apakah bentuk/jenis mural yang akan dilukis pada dinding tersebut,” katanya. Pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut.

Mural yang memaparkan tiga wanita dilukis berbogel di sebuah balai seni di Kampung Sungai Buloh, Kuala Selangor itu telah menimbulkan kemarahan penduduk.

Gambar mural yang mencolok mata itu telah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ramai yang berkongsi gambar itu berkata, lukisan tersebut tidak melambangkan kebebasan berkarya di Malaysia selain ia sangat memalukan penduduk Selangor khususnya di Daerah Kuala Selangor.

Mural berkenaan juga telah melanggar prinsip rukun negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Bagaimanapun gambar ketiga-tiga wanita yang berbogel itu telahpun dilukis pakaian semalam.-SM

(Visited 1,133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button