Nasional

Tunggu 20 tahun akhirnya dapat tunai ibadah haji

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 6 Jun – Penantian selama 20 tahun untuk mengerjakan haji akhirnya impian itu menjadi kenyataan
apabila seorang ahli perniagaan terpilih menunaikan rukun Islam Kelima itu pada 23 Jun ini.

Buat Zulkifli Rabu, 56, berkata, dia melahirkan rasa syukur rezekinya tahun ini untuk berangkat ke Tanah
Suci setelah sekian lama menunggu.

Zulkifli Rabu dan isteri, Mastura Abu Hassan akan menunaikan haji pada 23 Jun ini.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka namanya terpilih atas kesempatan yang diberikan dan akan
mengerjakan ibadah itu sebaik-baiknya bagi mendapatkan haji yang mabrur.

“Tiada ungkapan yang dapat saya luahkan, allhamdulillah hajat saya tertunai untuk menunaikan haji tahun
ini bersama isteri.

“Ini semua disebabkan berkat kesabaran dan tidak pernah putus-putus selain sentiasa berdoa semoga
dipermudahkan segala urusan saya serta isteri untuk ke tanah suci,” ujarnya.

Dia ditemui pada majlis meraikan bakal jemaah haji bagi Parlimen Tangga Batu yang telah disempurnakan
Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad di Baitul Tariq, Klebang Permai semalam.

Zulkifli adalah salah seorang daripada 39 jemaah haji yang akan berangkat ke tanah suci diraikan pada satu
majlis ringkas.

Sementara itu bagi seorang lagi jemaah, Yang Chik Abu Bakar, 58, berkata, dia turut melahirkan rasa syukur
penantian lebih 10 tahun untuk menunaikan rukun Islam Kelima itu menjadi kenyataan.

Yang Chik Abu Bakar.

Menurutnya, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namanya dan suami sudah terpilih untuk
mengerjakan dan telah membuat semua urusan termasuk pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun katanya, apabila PKP dilaksanakan ekoran penularan wabak Covid-19, hajatnya untuk ke tanah
suci tidak kesampaian apabila Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan jemaah untuk menunaikan haji.

“Alhamdulillah tahun ini apabila ibadah haji dibenarkan, saya telah membuat rayuan kepada pihak Tabung
Haji dan hasilnya rayuan saya telah diterima.

“Begitu juga suami rayuannya juga diterima sebagai mahram dan saya akan berangkat ke tanah suci Khamis
ini,” ujarnya.

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button