
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10, semalam.
Ahli politik berusia 97 tahun itu menyampaikan ucapan selamat kepada Anwar menerusi akaun Twitternya.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Semoga berjaya,” kata Dr Mahathir.
Anwar semalam mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 negara selepas beberapa hari kebuntuan politik yang mengakibatkan parlimen digantung. -SM
(Visited 149 times, 1 visits today)
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!