Nasional

Pembaharuan pasport warga M’sia di Australia dibuat secara online

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) mengambil maklum mengenai kesukaran rakyat Malaysia di Australia memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) akibat daripada pandemik Covid-19 dan perintah-perintah sekatan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

“Sejak pandemik Covid-19 melanda JIM menguruskan proses pembaharuan Pasport berkenaan melalui Sistem Temujanji Online (STO) kerana bilangan pelanggan terpaksa dihadkan, dan tempoh operasi juga terpaksa dipendekkan.”

“Oleh yang demikian, JIM telah mengambil langkah berikut bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia di sana.” kata Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Semua warganegara Malaysia di Melbourne dan seluruh Australia boleh membuat permohonan pembaharuan Pasport secara atas talian melalui Sistem Pasport Online di pautan MyIMMs – eServices mulai 22 Mac 2022 (Selasa).

Satu pasukan khas pegawai-pegawai JIM dari Putrajaya akan dihantar segera supaya bilangan Pasport yang diproses di Melbourne dapat ditingkatkan dan waktu operasi dipanjangkan melalui sistem shif.

Dalam masa yang waktu operasi pejabat JIM di Melbourne akan dilanjutkan tertakhluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Perlanjutan tempoh masa secara automatik selama 2 tahun akan diberikan bagi kes-kes kritikal seperti pelajar dan pekerja supaya mereka boleh memperbaharui visa di sana.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya tidak menunggu di saat-saat akhir untuk memperbaharui pasport mereka. – SM

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button