Nasional

Bank Tak Mahu Terima Pertukaran Duit Rosak? Jawapan BNM Ini Sangat Mengejutkan!

BARU-BARU ini, seorang netizen telah mengadu kepada Bank Negara Malaysia bahawa pihak bank tidak mahu menerima pertukaran duit rosak.

Netizen yang dikenali sebagai CH Zeeta telah komen dan tag Bank Negara Malaysia di Facebook dengan meluahkan rasa kecewa terhadap pihak bank yang beliau kunjungi.

“Bank Negara Malaysia… nak tanya ni. Kenapa bank-bank Malaysia ini susah sangat nak tukarkan duit rosak atau koyak. Bank ni taknak, bank tu tak nak.

“Akhirnya disuruh tukar di bank negara. Kalau bank negara sebelah rumah senang lah cerita. Ni tak, jauh ke tengah bandar.

“Habis, apa fungsi bank-bank dekat Malaysia ini? Baru kes tukar duit pun banyak karenah,” katanya di ruangan komen tersebut.

Perkara itu telah mendapat maklum balas daripada Bank Negara Malaysia yang menyatakan perkata tersebut tidak sepatutnya terjadi.

“Hai CH Zeeta. Sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Sila berikan butiran mengenai bank tersebut (nama bank dan cawangan, nama pegawai serta tarikh) kepada kami menerusi bnm.gov.my/Link atau hubungi 1-300-88-5465 untuk perhatian dan tindakan kami,” tulis Bank Negara Malaysia.

Sementara itu, di ruangan komen seorang netizen ingin mengetahui cawangan bank mana yang tidak mahu menerima pertukaran duit rosak dan berharap bank tersebut dikenakan tindakan.

“Bagilah tahu siap-siap bank mana itu pun susah,” kata seorang netizen.

“Bersedialah kepada bank tersebut untuk diambil tindakan,” ujar seorang netizen. -SM

(Visited 4,753 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button