Politik
Trending

Tun M pernah jangka situasi ini berlaku

PENGUMUMAN dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan sekali lagi polemik kedudukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, hal demikian didakwa sudah dijangka akan berlaku apabila UMNO sebelum ini mengenakan sokongan bersyarat kepada Muhyiddin.

Justeru, Muhyiddin tetap menerimanya walaupun beliau sebelum ini dikatakan pernah diberi amaran mengenai kedudukannya.

Ini kerana, UMNO pernah menegaskan, sokongan yang diberikan Ahli-Ahli Parlimennya adalah berpaksikan kedudukan Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Justeru, jika kenyata kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diterima dan Anwar benar-benar mendapat sokongan.

Ini bermakna, Perikatan Nasional yang dipimpin Ahli Parlimen Pagoh yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah terbubar.

“Saya ingin nyatakan di sini bahawa apa yang sedang berlaku adalah sesuatu yang telah saya nyatakan kepada Muhyiddin awal-awal lagi.

“Ketika itu saya membuat pendirian menolak kerjasama dengan UMNO secara en-bloc kerana itu bermakna saya terpaksa menerima kesemua Ahli Parlimen UMNO termasuklah orang yang menghadapi puluhan kes di Mahkamah.

“Tetapi Muhyiddin berkata dia sanggup bekerjasama dengan UMNO secara en-bloc walaupun dia boleh diugut oleh UMNO jika kemahuan mereka tidak tercapai.

“Hari ini, jelas apa yang saya jangka akan berlaku sedang berlaku dan kenyataan Ahmad Zahid semalam mengesahkan bahawa sokongan dari UMNO memang bersyarat.”

Kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini dalam satu kenyataan menjelaskan situasi yang dihadapi Muhyiddin sekarang adalah rumit.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Beliau berkata demikian susulan pengumuman yang dibuat Anwar dalam sidang akhbar semalam di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Pengumuman Anwar yang menyatakan Ahli Parlimen daripada pelbagai parti memberikan sokongan kepadanya dikuatkan lagi dengan kenyataan Ahmad Zahid.

Tambah Dr. Mahathir, situasi yang dihadapi Muhyiddin dan rakyat sekarang adalah sukar, kerana sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

Katanya, hal ini sepatutnya diselesaikan melalui usul indi tidak percaya kepada Perdana Menteri ketika sidang Dewan Rakyat pada Ogos lalu.

BERSATU
MUHYIDDIN YASSIN

“Kerana itu, sejak dari pengisytiharan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, saya telah meminta supaya satu undi tidak percaya dapat diusulkan di Parlimen untuk menyelesaikan masalah ini.

“Bagi pihak saya, Muhyiddin dari peringkat awal lagi tidak mempunyai majoriti tetapi berjaya menutup kebenaran itu dengan membawa ketua-ketua parti mengadap DYMM Yang di-Pertuan Agong dan membuat bilangan secara pukal tanpa perlu memperinci siapa Ahli-Ahli Parlimen yang menyokongnya.

“Umum tahu, majoriti yang dipunyai oleh Muhyiddin sebelum ini amat tipis – antara satu atau dua orang sahaja – maka jika seorang atau dua orang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan mereka, maka hilanglah majoriti beliau.

“Yang penting sekarang ialah meneliti sama ada Perdana Menteri masih mempunyai majoriti untuk kekal dikerusinya.

“Sama ada Anwar mempunayi majoriti adalah perkara kedua dan ini sesuatu yang perlu dia buktikan,” jelasnya. – SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button