Politik

MT UMNO dibatalkan, tidak boleh guna aplikasi dalam talian

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Selasa di Janda Baik, Pahang ditangguhkan sekali lagi.
Menurut salah seorang ahli MT UMNO, penangguhan itu terpaksa dibuat atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Mengikut SOP (Prosedur Operasi Standard) MKN ialah rentas sempadan, daerah dan negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah dilarang.
“(Pilihan lain) mesyuarat guna aplikasi Webex, Zoom atau mana-mana kaedah video conferencing pula tidak selamat daripada segi kerahsiaan.
“Jadi mesyuarat MT UMNO terpaksa ditunda sehingga selesai PKPB,” kata beliau yang enggan namanya didedahkan.
Pada 16 Oktober lalu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan mesyuarat MT UMNO akan diadakan pada Selasa di satu lokasi di Pahang.
Ahmad berkata, mesyuarat yang sepatutnya diadakan secara sidang video pada Sabtu lalu terpaksa ditangguhkan memandangkan ahli MT mahu ia dijalankan secara bersemuka.
(Visited 340 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button