Politik

Hidup daif anak murid insafkan calon Taboh Naning

Oleh Osman Lisut

Pilu dan sayu apabila melihat seorang anak muridnya tinggal di dalam keadaan daif dengan rumah yang buruk serba kekurangan.

Semuanya, gara-gara calon N05 Dun Taboh Naning, Abu Hashim Abd Samad secara bersembunyi mengikut anak muridnya pulang ke rumah selepas tamat persekolahan bagi menyiasat keadaan sebenar kehidupan nya.

Ketika itu saya seorang penolong kanan dan guru disiplin sekolah, sudah merotan anak murid terbabit kerana berpakaian kotor serta kasut koyak rabak.

Keadaannya seperti menerima hukuman membuatkan saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Saya berjalan kaki hampir dua kilometer dengan terpaksa menempuh jalan berlopak serta berlumpur tanpa disedari anak murid terbabit. Ketika itu barulah saya menyesal kerana melakukan kesilapan merotannya.

Lebih memilukan apabila sampai di rumahnya, keadaan yang begitu daif dan memiliki ramai adik beradik serta ayahnya bekerja kampung.

Atas keinsafan itu, saya bersama guru-guru lain mengumpul wang untuk membeli kelengkapan baru. Alhamdulillah, anak murid terbabit dan beberapa rakan yang lain kini mempunyai kerjaya yang baik termasuk bekerja dengan kerajaan.

Sebagai calon Taboh Naning, beliau bertekad jika diberi peluang untuk membantu anak-anak masyarakat di Dun berkenaan bagi mendapatkan pendidikan lebih sempurna.

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button