Politik

Covid-19: Henti tuding jari, belajar terima hakikat, amal SOP

RAKYAT tidak sepatutnya menyalahkan kerajaan negeri berikutan penularan mendadak wabak Koronavirus (Covid-19) di Alor Setar, Kedah sehingga mencetus beberapa kluster baharu.

Ini kerana, penularan itu bukanlah sesuatu yang dapat dijangkakan dan ia merebak dalam kalangan tahanan di Penjara Alor Setar.

Oleh demikian, semua orang dinasihatkan menerima hakikat penularan wabak tersebut dan mengamalkan normal baharu seperti penjarakan sosial dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Berbanding terus menuding jari menyalahkan pelbagai pihak, namun virus pandemik itu terus merebak.

“Kluster Tembok ni, orang kata Kedah tak pandai buat kerjalah, apa. Kita nak buat macam mana? Benda tu nak mai. Benda tu tak nampak.

“Kita bukan nak dosa apa. Dia pandemik dan ada orang mati lebih banyak denggi, malaria, H1N1, taun, TB (batuk kering)…dan apa lagi yang tidak ada ubat nak merawatnya pun.

“Lama-kelamaan kita kena terima Covid-19 ni ada di sekitar kita dan kita menimbulkan stigma yang berlebihan.”

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd. Nor, berkata demikian semalam seperti dipetik laporan Malaysiakini selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan tiada siapa pun yang meminta untuk dijangkiti wabak tersebut.

“Siapa pun yang minta kena Covid? Tuan-tuan pun tak minta. Kalau di kalangan tuan-tuan ni ada yang kena Covid, bukan kehendak kita.

“Pandangan awam sekarang seolah-olah orang yang positif Covid buat dosa dan patut dikecam, termasuk menteri agama pun orang kecam…bukan dosa apa, dia terkena.

“Kita buat kerja, tiba-tiba terkena kepada pandemik. Ini bukan Aids atau HIV. Antara penularan HIV ni (dari) seks songsang. Ini haram, tak boleh, dosa.

“Saya rasa ini patut dihentikan. Kita tak minta sakit itu,” ujarnya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah terkini jangkitan Covid-19 masih aktif adalah sebanyak 3,351.

Jumlah tersebut direkodkan selepas berlaku penambahan kes baharu sebanyak 489 orang dijangkiti semalam.

Sementara di Kedah, sebanyak 153 kes baharu dicatat menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di sana melebihi 1,600 orang. – SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button