Nasional

PKPB di Selangor, KL dan Sabah dilanjutkan sehingga 14 Januari

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember depan akan dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan kerajaan berikutan jumlah kes kumulatif COVID-19 yang masih tinggi di ketiga-tiga negeri berkenaan, selain kewujudan kluster baharu.

“Sembilan daerah di Selangor telah menjadi zon merah. Malah, untuk tempoh 14 hari, sebanyak 8,194 kes Covid-19 baharu dicatatkan.

“Untuk Kuala Lumpur pula, untuk 14 hari sehingga semalam, sebanyak 12,494 kes Covid-19 direkodkan.

“Kementerian Kesihatan juga mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara dan wujud beberapa kluster baharu Covid-19 di Kuala Lumpur,” katanya.


Sementara itu, Sabah juga akan dilanjutkan PKPB hingga 14 Januari depan disebabkan peningkatan kes yang masih ketara di beberapa daerah di Sabah. -SM

(Visited 158 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button