Politik

Calon-calon PKR beri amaran keras jangan takutkan pengundi Sabah

CALON-calon Parti Keadilan Rakyat bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah memberi amaran keras agar tidak mengeliru dan menakutkan rakyat Sabah untuk keluar mengundi.

Dalam satu kenyataan mereka yakin professionalisme Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera Malaysia dan pihak berkuasa yang lain untuk memastikan keselamatan rakyat.

“Rakyat Sabah cukup matang dan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan PRN Sabah berlangsung dengan lancar.

“Kedudukan serta hak milik Sabah tidak wajar dipolitikkan. Kami percaya setiap rakyat Malaysia berdiri teguh atas fakta Sabah adalah milik Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu merujuk laporan media mengenai kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali tentang maklumat kemasukan rakyat negara jiran untuk buat kekacauan pada hari pengundian.

Hazani berkata, pihaknya akan halang sebarang cubaan supaya pilihan raya berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu-gugat serta ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara.

Calon-calon PKR meminta agar rakyat Sabah tidak takut untuk keluar mengundi pada 26 September ini.

“Sementara pihak polis menjalankan siasatan lanjut tentang ancaman ini, kita berharap rakyat Sabah bertenang. Jangan memperbesarkan isu ini dan paling penting jangan menyebarkan maklumat yang belum disahkan oleh pihak berkuasa.

“Oleh itu kami ingin mengingati orang ramai supaya merujuk sumber berita yang sahih, yang paling penting ialah tidak pasti jangan kongsi,” katanya.-SM

 

 

 

 

 

(Visited 469 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button