BanjirNasional

Tolong bantu saya – mangsa banjir Kuala Klawang

PENDUDUK yang tinggal di Kampung Kemin Beringin, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan turut terjejas teruk akibat banjir yang melanda.

Mereka yang tinggal di kawasan tersebut amat memerlukan bantuan bukan sahaja daripada agensi-agensi berkenaan tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang berkemampuan.

Salah seorang penduduk yang terjejas banjir menghubungi SUARA MERDEKA untuk memaklumkan keadaan beliau sekeluarga dan masyarakat setempat.

Beliau berkata, “dengan rasa rendah diri saya ingin memohon bantuan orang ramai seikhlas hati untuk membantu kami mangsa banjir,” katanya dalam satu pesanan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut beliau, ketika kejadian banjir berlaku, beliau sedang berniaga dan tidak sempat pulang ke rumah untuk menyelamatkan barang-barang termasuk peralatan berniaga yang ditenggelami air.

Berdasarkan beberapa keping gambar kirimannya, jelas kelihatan peralatan elektrik turut terendam dalam banjir.

Bantuan secara individu kepada mangsa banjir yang menghubungi SUARA MERDEKA boleh disalurkan ke akaun maybank 164810115011.

“Pertolongan yang dihulurkan kepada saya amatlah diharga dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik Tuan dan Puan,” katanya. – SM

(Visited 582 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button