MahkamahNasional

Harta RM16 juta kekal milik keluarga Ahli Parlimen Baling, Azeez Abdul Rahim

PIHAK pendakwaan menarik balik permohonan melucutkan hak harta bernilai RM16 juta milik ahli keluarga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim memberitahu hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin hari ini, pihak pendakwaan telah menerima representasi daripada keluarga itu pada 15 Februari lalu untuk menyelesaikan permohonan pelucuthakan itu.

Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menolak representasi awal keluarga itu bulan lepas, mendorong mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 21 Jun.

Hakim membenarkan kerajaan menarik balik permohonannya dan mengosongkan tarikh perbicaraan tersebut.

Kerajaan mahu melucut hak ke atas RM16 juta daripada akaun milik isteri Azeez, Khadijah Mohd Noor dan empat anak mereka iaitu Mohamed Khairul Anwar, Mohamed Khairul Azman, Khaleeda Azwav dan Khaleeda Azeera serta sebuah lot kedai di Bandar Sunway milik syarikat mereka.

Azeez yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO terbabit dalam kes rasuah yang sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau didakwa atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM5.2 juta dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139.3 juta.

Azeez dikatakan menerima RM5.2 juta daripada Pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah di Lembah Klang antara Disember 2010 dan April tahun lepas.

Beliau turut dituduh menerima RM139.3 juta daripada empat syarikat iaitu Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering Sdn Bhd.

Azeez sebelum ini memohon agar tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadapnya dibatalkan atas alasan ia cacat. Permohonan ini sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan. – FMT – SM

 

(Visited 927 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button