Politik

Tindakan Zahid tidak selari semangat penyatuan ummah – Pas

PAS menyifatkan tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional sebagai tidak selari dengan semangat penyatuan ummah.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas berdukacita dengan langkah yang dibuat oleh Ahmad Zahid.

Tambah beliau, tindakan presiden UMNO itu akan menggoyahkan Pelan Pemulihan Negara bagi membasmi penularan wabak Covid-19.

“Tindakan itu juga tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub di dalam Piagam Muafakat Nasional.

“Ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara dan usaha menangani penularan wabak Covid-19 serta usaha membantu rakyat yang terjejas teruk kini,” kata Tuan Ibrahim.


Pun begitu, menurut Tuan Ibrahim, Pas akan terus mempertahankan Muafakat Nasional yang telah diasaskan secara bersama dengan UMNO sebelum ini.

Muafakat politik Melayu Islam itu perlu terus dipertahankan demi kesejahtaraan negara.

“Walau bagaimanapun Pas kekal yakin dengan asas penubuhan Muafakat Nasional yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara,” katanya.

(Visited 90 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button