fbpx
Politik
Trending

‘Jadi pembangkang baru nampak cerdik’

WAKIL rakyat pembangkang disifatkan ‘cerdik’ apabila tidak lagi berada pada kerusi kerajaan ketika dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan sedemikian dikeluarkan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika mencelah dalam ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Celahan berkenaan dibuat ketika Ahli Parlimen Alor Gajah itu menjawab isu keselamatan siber negara yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, keadaan dalam dewan menjadi sedikit kecoh apabila Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik meminta penjelasan lanjut berhubung isu keselamatan siber.

Namun, hal demikian menyebabkan Abdul Azeez mencelah.


ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM

“Baharu nampak cerdik, menteri ini (Dr. Maszlee Malik) dahulu tak cerdik.”

BACA > Tarikh bermulanya Liga M belum diputuskan — Suara Merdeka

Demikian celahan dibuat Abdul Azeez membidas pertikaian yang dibuat oleh bekas Menteri Pendidikan itu berhubung sebuah syarikat siber.

Terdahulu, Maszlee meminta penjelasan daripada Mohd. Redzuan berhubung jawapan yang diberikan kepada soalan daripada bekas Timbalan Perdana Menteri.

“Saya ingin merujuk kepada jawapan daripada YB (Yang Berhormat) Menteri tadi yang mengatakan KPI Soft Inc. adalah syarikat Malaysia, ini tidak tepat.

“Ia sebuah syarikat yang berdaftar di Amerika Syarikat (AS) dan berpusat di Singapura dan ini yang ditimbulkan oleh YB Pandan.

“Kembali kepada soalan YB Pandan juga, ia begitu signifikan bukan hanya kepada MySejahtera, kita lihat My Future Jobs juga yang dilancarkan oleh Perkeso telah menggunakan syarikat daripada Netherland (Belanda).

MASZLEE MALIK

“Begitu juga dengan skim-skim SME (perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) digitalization juga telah diberikan kepada banyak syarikat di luar negara.

BACA > Anjing laut dipukul hingga pengsan untuk tujuan bergambar — Suara Merdeka

“Dengan menggunakan duit pembayar cukai rakyat Malaysia. Dan ini bukanlah suatu yang baharu.

“Kalau ini dibawa oleh YB Pandan di waktu ini, ia juga telah ditegur oleh MTEM (Majlis Tindakan Ekonomi Melayu) dan NEF (Persatuan Usahawan Industri ICT Bumiputera Malaysia).

“Persoalannya, dimanakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya memperjuangkan Melayu Islam.

“Kenapa tidak diberikan kepada syarikat Melayu Islam yang membangunkan perisian digital dan kita mempunyai banyak syarikat tersebut.”

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF

Demikian soalan yang diajukan Maszlee yang menyebabkan beliau diperlekeh oleh Abdul Azeez sedemikian.

Soalan itu dikemukakan Wan Azizah susulan berlaku peningkatan kes penggodaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 80.5 peratus.

Petang tadi, Suara Merdeka melaporkan celahan dibuat Abdul Azeez yang turut menggamatkan Dewan Rakyat.

Beliau, mencelah perbahasan daripada Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Pattoo dengan menyebut, “gelap, tak nampak”.

BACA > Kenyataan ‘Yang Dipertua seharusnya tidak berpihak’ dipersoal — Suara Merdeka

Abdul Azeez bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut selepas dipertikaikan beberapa Ahli Parlimen pembangkang. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button