Nasional

Institusi keagamaan gagal bentuk lelaki Melayu sebagai penyebar agama Rasulullah?

Masalah generasi hari ini adalah berfikiran kahwin semata-mata untuk puaskan nafsu yang terkandung dalam jasad yang dicipta asalnya dari tanah dan ditiupkan roh (bateri) untuk nampak hidup.

Misalnya dalam satu perkongsian soalan dalam Quora, terdapat seorang lelaki berketurunan Melayu berdepan dilema untuk mengahwini wanita berketurunan Cina yang dicintainya.

Bagi umat Islam yang faham dan berpegang kepada rukun agama, kita tahu bahawa manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah hatta berkahwin itu juga sebagai satu ibadah.

Maka hasil akhir manisnya perkahwinan di dunia itu sepatutnya menjadi asbab mudahnya roh kita selepas terpisah dengan jasad ini, meneruskan perjalanan ke alam yang seterusnya.

Namun berbeza buat mereka yang bukan beragama Islam dan hidup dengan doktrin sekular serta liberal, pemikiran mereka tersekat pada logik akal semata-mata dan tidak berpandangan jauh.

Sebab itu ada beza bagi umat Islam dengan penganut agama lain yang mana umat Islam tidak takut untuk mati kerana mati itu pasti dan roh akan meneruskan perjalanan yang lebih jauh.

Berbanding dengan penganut agama lain, ramai yang memiliki rasa cinta dunia yang berlebih-lebihan sehingga timbul rasa takut untuk mati dan ghairah mencari harta dunia gila-gila.

Berbalik kepada soalan lelaki Melayu di atas, perkara ini jelas menunjukkan sistem keagamaan yang ada di Malaysia hari ini gagal membentuk seorang muslim yang bagus budi pekertinya.

Sistem pendidikan berteraskan A, B, C, D dan E hanya membentuk pemikiran agama dan urusan kehidupan tidak wajar disatukan, ia perkara berbeza dan kesannya, inilah gaya pemikiran manusia di Tanah Melayu.

Maka sebelum Tanah Melayu ini menjadi lebih parah kerana terlalu banyak campur-aduk atau asimilasi tanpa pegangan jati diri yang kukuh, masalah ini harus diberi perhatian dalam Parlimen.

Cerita soal rasuah, pemimpin itu begini, pemimpin ini begitu, adalah sesuatu yang tidak membangunkan tamadun rakyat sedangkan negara ini banyak potensinya untuk menzahirkan masyarakat yang cerdas.

Nota: Disebabkan ahli politik tunjuk wayang suka bergaduh, rakyat hilang tempat bergantung ilmu akal, ilmu jasad dan ilmu rohani. Semua tersekat gara-gara politik yang jelas bawa kehancuran. Daulat Tuanku!

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button