Nasionalpilihan

100 peratus rakyat akan lengkap dos vaksin menjelang akhir Oktober depan

100 peratus penduduk dewasa dan 80 peratus jumlah kesuluruhan penduduk akan lengkap divaksin menjelang akhir bulan Oktober depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau yakin sasaran iu mampu dicapai berdasarkan kepada prestasi yang baik dicatatkan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang memberangsangkan setakat ini.

‘’Saya telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) hari ini. Alhamdulillah, proses vaksinasi berjalan mengikut jadual setakat ini.

“Menjelang hujung bulan ini, lebih 60 peratis penduduk dewasa atau lebih 40 peratus keseluruhan penduduk di negara kita dijangka telah menerima dos lengkap suntikan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhyiddin, perkembangan itu pasti menjadi khabar gembira menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Jelasnya, berdasarkan data terkini yang tersedia baik di negara kita atau negara luar, jumlah kes-kes dalam kategori 4 dan 5 serta kadar kematian akan menurun dengan mendadak apabila kadar vaksinasi telah meningkat.

“Insya-Allah, kita doakan agar negara kita dapat keluar daripada pandemik ini dengan kadar segera,” katanya. -SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button