Nasional

Status Najib Razak masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan

STATUS Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan, Pahang pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan selepas kedua-dua permohonan pengampunan dari usul tersebut dibereskan, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun hari ini.

Dalam kenyataannya, Azhar berkata, beliau telah meneliti usul tersebut dan mendapati bahawa ia ialah satu prosiding Mahkamah berkenaan dengan sabitan dan hukuman terhadap Najib dan tergolong dalam prosiding mahkamah yang lain berkenaan dengan sabitan dan hukuman.

Ia seperti yang diperuntukkan di dalam Perkara 48 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh kerana usul ini difailkan di dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022, berdasarkan Perkara 48(4)(b) PP, kuatkuasa kehilangan kelayakan Datuk Seri Najib Razak hanya akan berlaku setelah usul tersebut dibereskan (sekiranya usul tersebut ditolak,” katanya.

Kenyataan Azizan adalah merujuk kepada tarikh 5 September lalu mengenai status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan yang mana beliau telah menerima serahan dokumen-dokumen tambahan yang berikut:

Surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh 7 September 2022 mengenai permohonan Semakan Jenayah (Review) menurut Kaedah 137 Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 kepada Mahkamah Persekutuan yang melampirkan dokumen-dokumen berikut:
i-notis usul bertarikh 6 September 2022

ii-Afidavid Sokongan yang diikrarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 6 September 2022

iii-Perakuan segera bertarikh 6 September 2022 dan

Salinan surat iringan Tetuan Shafee & Co bertarikh 6 September 2022 menunjukkan pengakuan pihak Mahkamah Persekutan menerima pemfailan permohonan Semakan Jenayah tersebut pada tarikh yang sama di atas. – SM

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button