Travel

Terpana alam semulajadi di Taman Negara Mu Ko Pehtra

KATA Hariza, salah seorang ahli rombongan “Che Kiah” naik van ke Satun yang tidak jemu mengulang ayat “sekejap lagi kita semua hendak ke Mu Ko Pehtra ya”

Sambil itu diceritakan lagi mengenai kunjungannya pertama kali ke tempat berkenaan walaupun begitu penulis belum dapat menggambarkan keistimewaannya.

Yang penulis tahu, kalau bercuti ke Satun lebih fokus kepada “jalan-jalan cari makan” di dua tempat yang sedia dikenali mengamit selera makanan autantik Thai iaitu di Tanyongpo atau Pak Bara.

Leka pula penulis melihat sekitar jalan masuk menuju ke tempat ini seperti menuju ke kawasan perkampungan.

Namun sebaik tiba di destinasi ini baharulah nampak wajah sebenarnya yang dinamakan Mu Ko Pehtra National Park.

Rupanya di Pak Bara, dalam wilayah Satun ini terdapat sebuah Taman Negara di tepi laut yang sangat cantik.

Pastinya para pencinta alam akan teruja apabila berpeluang menikmati keindahan bukit berbatu yang dikatakan wujud ratusan juta tahun lalu.

Bagaimanapun sebelum melangkah masuk ke Taman Negara ini yang dibuka mulai pukuk 9 pagi hingga 6 petang ini, setiap pelawat dikenakan bayaran.

Kami juga diberi peringatan oleh pemandu van, “Semua akan berjalan kaki lebih kurang sejauh satu kilometer ya, saya akan tunggu di penghujung jambatan ini,”.

Sesekali ada juga rungutan di antara 10 ahli rombongan kami kerana bimbang kaki tak kuat untuk melangkah.

Apapun sebaik mula menjejakkan pintu masuk ke jambatan yang dibina menyusuri bukit ini, bagai disuntik semangat untuk menghayati sepenuhnya keindahan alam semulajadi ini.

Masing-masing terpukau melihat keindahan air laut yang kehijauan dengan tiupan angin laut sepoi-sepoi bahasa.

Perjalanan menjadi lebih menyeronokkan apabila dari jauh kelihatan deretan pulau-pulau kecil.

Terdapat juga disediakan sudut menarik untuk pengunjung bergambar selain disediakan maklumat yang berkaitan dengan taman negara ini.

Sambil menyusuri jambatan ini, kepala juga leka mendongak menyaksikan keindahan bukit berbatu ini yang menjadi paku alam yang sangat menarik.

Ralit melangkah sehingga membuatkan masing-masing baru tersedar, jalan sudah sampai ke penghujung apabila pemandu van yang dikenali “Abe” sudah menunggu dan bersedia untuk menjadi “jurugambar” kami juga untuk merakam kenangan entah ke berapa puluh kali.

Dari pengalaman ini, setiap detik menyusuri jambatan di Taman Negara Mu Ko Pehtra sangatlah mengujakan, ambillah kesempatan ini pada sesiapa yang belum pernah sampai bagi menikmati alam semulajadi yang sangat indah. – SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button