Travel

Gelongsor kaca pada ketinggian 220 meter tarikan baru di Dubai

SKY Views Dubai mempunyai tarikan baharu yang terletak di tingkat 52 dan 53 menara berkembar hotel Address Sky yang menawarkan pengalaman melakukan aktiviti yang menguji keberanian ketinggian pengunjung.

Pengunjung boleh merasai melakukan aktiviti berjalan di laluan kaca, menuruni gelongsor kaca di bahagian tepi bangunan dan bergantung menggunakan abah-abah di bahagian tepi bangunan dalam zon terbuka pada ketinggian 219.5 meter (m) dari paras tanah.

Menurut Sky Views Dubai, laluan kaca sepanjang 46m tersebut menghubungkan dua menara berkembar itu.

Selain itu, gelongsor kaca pula membolehkan pengunjung menggelongsor turun dari tingkat 53 ke tingkat 52.

“Sky Views Glass Slide menawarkan pengalaman hebat dan selamat yang belum pernah dirasai di mana-mana lokasi seluruh dunia.


“Memandangkan ia mempunyai bahagian bawah dan sisi lutsinar, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah dan jangan pandang ke bawah sekiranya anda seorang yang mudah takut,” katanya.

Selain itu, Views Edge Walk merupakan laluan yang mengerunkan kerana pengungjung akan berjalan pada laluan tersebut yang tidak mempunyai sebarang tingkap atau penghadang keselamatan. -SM

(Visited 48 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button