Travel

Terbang ke Langkawi dari Doha dengan Qatar Airways

KUALA LUMPUR – Bilakah kali terakhir anda melancong ke Pulau Langkawi bersama keluarga? Bagi pelancong tempatan, sama ada memilih untuk memandu dan menyambung perjalanan ke pulau Mahsuri itu melalui feri ataupun menaiki pesawat.

Bagi pelancong luar negara pula yang teringin untuk melihat keindahan pulau lagenda yang penuh dengan mitos, pilihan yang ada dan paling sesuai ialah dengan menaiki kapal terbang.

Sejak pertengahan bulan lepas, syarikat penerbangan Qatar Airways telah mengorak langkah memulakan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha, Qatar ke Padang Mat Sirat.


Pulau Langkawi menjadi destinasi ketiga syarikat penerbangan antarabangsa tersebut selepas menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menerusi pesawat 787 Dreamliner.

Laluan baharu itu melibatkan penerbangan empat kali seminggu dan sekiranya mendapat sambutan hangat daripada penumpang pasti jadual penerbangan akan ditingkatkan kepada lima kali seminggu di masa hadapan.

Mengimbas semula detik penerbangan pertama Qatar Airways menuju ke destinasi Pulau Langkawi, ia Berjaya menggamit pelancong luar yang tidak pernah menjejakkan kaki ke pulau pelancongan tersebut.

Hal ini diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Dr. Hezri Adnan yang memaklumkan, dengan adanya penerbangan Qatar Airways, bilangan pelancong dari Afganistan, Hungary, Bulgaria dan dari pelusuk dunia bukan sahaja Berjaya menarik perhatian mereka tetapi berjaya sampai ke Pulau Langkawi.

Dr. Hezri berkata, lebih 850 orang pelancong tiba ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat Qatar Airways dan pihaknya sedang berusaha mengumpul statistik terkini untuk mengetahui bilangan peningkatan kemasukan pelancong luar negara untuk bercuti di Langkawi.

Jelas Dr. Hezri, senario yang berlaku ini memperlihatkan perkembangan positif untuk segmen pelancongan dan sekaligus percutian ke Langkawi.
Beliau berharap, kerjasama yang terjalin dengan syarikat penerbangan antarabangsa itu bukanlah jalinan jangkapendek sebaliknya rangkaian kerjasama berpanjangan di masa hadapan.

Dr. Hezri meluahkan kenyataan tersebut usai majlis Pelancaran Promosi Makanan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM) di Aseania Resort & Spa di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia, Kedah dan Perlis, Eugene Dass berkata, kerjasama yang dijalin di antara pihak hotel dan restoran di Pulau Langkawi bertujuan mengetengahkan pelbagai hidangan dan menu signatur kepada para pelancong sempena TTM 2020.

Katanya, selain daripada menjadikan acara tersebut sebagai program tahunan, para pelancong sama ada tempatan atau asing dapat menikmati hidangan yang disediakan.


Terdapat lebih 10 kios makanan yang mewakili hotel popular dan juga restoran di Langkawi berusaha untuk mengetengahkan menu masing-masing kepada lebih 300 pengunjung.

Selain makanan, turut diperkenalkan dan diuar-uarkan ialah persembahan kebudayaan yang unik di mata pelancong luar negara.

Sudah semestinya majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Malaysia, Datuk Musa Yusoff membuka satu lagi lembaran dalam industri pelancongan negara amnya dan TTM2020 khasnya. – SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button