fbpx
Nasional

Teresa kesal peruntukan kempen anti minyak sawit dikurangkan RM7 juta

BEKAS Menteri Industri Utama Teresa Kok kesal peruntukan yang diberi kepada program menangani kempen anti-minyak sawit dalam Belanjawan 2021 dikurangkan sebanyak RM7 juta ringgit.

Menurut Ahli Parlimen Seputeh itu, sebanyak RM27 juta diperuntukan bagi tujuan itu pada Belanjawan 2020 namun ia telah dikurangkan kepada RM20 juta pada Belanjawan 2021.

Katanya, pengurangan peruntukan bagi program menangani kempen anti minyak sawit antarabangsa menunjukkan kerajaan langsung tidak sedar tentang cabaran sengit yang dihadapi oleh industri minyak sawit.

Katanya, pengurangan peruntukan sebanyak RM7 juta itu juga menunjukkan kerajaan kurang faham tentang kepentingan industri minyak sawit kepada ekonomi Malaysia.

“Semasa saya pegang jawatan Menteri Industri Utama, pegawai MPOB, MPOCC, MPOC, kementerian dan saya menggunakan banyak masa untuk merangka pelbagai strategi untuk menangani kempen anti minyak sawit antarabangsa demi melindungi industri sawit kita, demi memastikan produk sawit Malaysia ini diterima baik oleh pasaran antarabangsa,” kata Teresa dalam satu kenyataan.


Ahli Perlimen Seputeh mengingatkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), minyak sawit adalah eksport yang sangat penting bagi Malaysia.

Pada tahun 2019, eksport minyak sawit merupakan eksport yang ketiga besar bagi negara dan menjana pendapatan sebanyak RM64.8 bilion kepada negara.

Industeri itu turut memberi sumbangan sebanyak 3.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita.

Beliau menyeru Kementerian Kewangan mengkaji semula peruntukan yang kurang bagi program menangani kempen anti minyak sawit dan menambahkan sekurang-kurangnya dua kali ganda amaun tersebut demi melindungi industri eksport negara yang begitu penting tersebut.-SM

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button