Nasional

Mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar diputuskan bulan ini, 3 kaedah dipertimbang – Rafizi

MEKANIS pelaksanaan subsidi bersasar akan diputukan pada bulan ini selepeas jemaah menteri berbincang dan dijangka dilaksanakan selepas Mac 2024, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata setakat ini, tiga kaedah dipertimbangkan bagi pemberian subsidi bersasar iaitu mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih kepada individu menerusi pendekatan perlindungan sosial; isi rumah melalui pendekatan hibrid iaitu perlindungan sosial dan bantuan sosial serta isi rumah dan individu menggunakan kaedah kad subsidi.
Malah, katanya, pelaksanaan subsidi bersasar itu hanya dapat dilakukan selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka kepada rakyat bagi membolehkan semakan maklumat serta verifikasi kelayakan setiap isi rumah dijalankan.
“Mengikut keputusan sekarang, PADU akan hanya dibuka pada Januari 2024 dan tempoh masa untuk rakyat mengemaskini serta mengesahkan maklumat dalam PADU adalah selama tiga bulan,” katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai mekanisme subsidi bersasar berkenaan di Dewan, hari ini seperti yang dipetik dari BERNAMA.
Rafizi berkata, perancangan setakat ini adalah untuk memastikan keseluruhan keputusan, sistem, kaedah telah disusun sewajarnya sebelum Jemaah Menteri memutuskan tarikh sebenar pelaksanaannya.
Beliau juga enegaskan bahawa kadar atau jumlah subsidi bersasar berkenaan akan mengambil kira beberapa faktor semasa termasuk unjuran ekonomi sewaktu diputuskan serta faktor lain.
“Kita tak nak sebut awal (mengenai kadar dan jumlah) kerana akan menyebabkan spekulasi inflasi…(maklumat ini) akan dijelaskan secara berperingkat,” kata beliau.
(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button