KesihatanNasionalPenyakit

Jangkitan Covid-19 naik kepada 4,684 kes, 11 kematian

KES harian Covid-19 meningkat kepada 4,684 kes semalam berbanding 3,927 kes sehari sebelumnya. Sebanyak 11 kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding enam kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 4,679 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,705,824 kes dan 36,020 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 46,904 kes aktif Covid-19 termasuk 56 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.5% atau 45,264 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 28 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,556 orang atau 3.3% menerima rawatan di hospital.

Seramai 4,275 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya 7,047 kluster, dengan 24 daripadanya masih aktif. – SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button