Sukan

Ng Joe Ee semarak atlet negara tuai emas

Sukan Komanwel Birmingham 2022

KONTINJEN Malaysia mampu menuai lebih pingat emas yang disasarkan selepas beberapa acara menyaksikan atlet negara menempah tempat ke separuh akhir di Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang masuk pada hari ke-10.

Selepas Ng Joe Ee muncul atlet pertama negara meraih dua pingat emas sekali gus menyaksikan Malaysia berjaya mencapai sasaran enam emas yang disasarkan kini harapan disandarkan kepada beberapa acara seperti badminton, skuasy dan ping pong untuk menambah punggutan emas buat kontinjen negara.

Pasukan badminton berada di landasan tepat dalam menyumbangkan pingat apabila lima wakil negara menempah tempat ke separuh akhir yang akan berlangsung hari ini.

Mereka ialah Ng Tze Yong yang akan turun beraksi dalam acara perseorangan lelaki, Chan Peng Soon-Tan Kian Meng (beregu lelaki), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M.Thinaah (beregu wanita) dan Kian Meng-Lai Pei Jing (beregu campuran).


Bagi acara ping pong, pasangan beregu campuran Javen Choong-Karen Lyne melangkah ke saingan akhir selepas mengejutkan pilihan ketiga dari Singapura, Clarence Chew Zhe Yu-Zeng Jian menerusi kemenangan 3-1.

Turut cemerlang ialah skuad skuasy apabila tiga wakil akan turun bersaing di peringkat separuh akhir ialah beregu utama wanita negara, Aifa Azman-Rachel Arnorld, Chan Yi Wei-Noor Ainaa Amani Ampandi dan Ng Eain Yow-Ivan Yuen Chee Wern.
.
Joe Ee atlet gimnas berusia 16 tahun itu menyumbangkan emas kelima melalui disiplin bola dan disusuli beberapa jam selepas itu dia menghadiahkan pingat emas keenam bagi menceriakan kem negara menerusi disiplin riben.

Pada hari terakhir acara gimrama menutup gelanggang di Arena Birmingham semalam, seorang lagi gimnas, Izzah Amzan selepas kecewa kelmarin membawa pulang pingat namun berjaya juga meraih gangsa dalam acara disiplin belantan.

Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng Yan Yee sumbang pingat perak dalam acara
3 meter papan anjal seirama wanita.

Punggutan pingat buat kontinjen negara yang masuk pada hari ke-10 itu turut diserikan di Pusat Akuatik Sandwell apabila gandingan Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng Yan Yee menghadiahkan pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita.

Terdahulu rakan sepasukan menerusi gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert Daim menyumbang pingat pertama dari skuad terjun negara apabila meraih pingat perak bagi acara 3 meter papan anjal seirama lelaki. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button