fbpx
Nasional

Malaysia di tangga keempat dunia dari segi tangani Covid-19

MALAYSIA berada pada tangga keempat daripada 105 negara dunia daripada segi tahap puas hati rakyat terhadap usaha menangani wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata. ia hasil daripada kajian yang dilakukan oleh agensi yang berpangkalan di Singapura.

“Saya nak berkongsi satu berita baik dengan saudara-saudari. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi penyelidikan yang berpangkalan di Singapura, Malaysia berada di tangga ke empat daripada 105 buah negara dari segi tahap kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani wabak COVID-19.

“Jadi, sekali lagi saya nak mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan kita yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh dua tiga bulan ini untuk memastikan semua rakyat Malaysia terselamat daripada wabak COVID 19.

“Saya juga nak merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara-saudari sekalian seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah yang sentiasa berdisiplin mematuhi arahan PKP dan PKPB sehingga memudahkan para
petugas barisan hadapan kita menangani krisis ini,” katanya dalam perutusan khas sebentar tadi.


Katanya, hasil daripada usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh para petugas barisan hadapan dan disiplin orang ramai sepanjang tempoh PKP dan PKPB dilaksanakan, telah berjaya menjadikan hampir
seluruh mukim atau zon di negara kita berstatus hijau.

“Kawasan-kawasan ini tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID 19 baharu dalam tempoh dua minggu yang lalu.

“Daripada 1,178 mukim, bahagian, zon, sub-zon dan presint di seluruh negara, sebanyak 1,112 atau 94.4 peratus telah dikategorikan sebagai hijau, manakala 62 atau 5.2 peratus dikategorikan sebagai kuning dan
hanya empat 4 atau 0.34 peratus yang masih berstatus merah.

Yang empat dimaksudkan dengan status merah ialah kawasan-kawasan yang  mencatatkan lebih 40 kes positif COVID 19.

Empat kawasan setakat ini yang masih berstatus merah iaitu:

  • Mukim Batu, Gombak, Selangor;
  • Zon Batu, Mukim Batu, Kuala Lumpur;
  • Zon Kampung Baharu, Mukim Bandar, Kuala Lumpur; dan
  • Mukim Pedas, Daerah Rembau, Negeri Sembilan

“Bagi penduduk di kawasan-kawasan ini, saya nasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila keluar rumah. Amalkan penjarakan sosial.

“Pakai penutup mulut dan hidung. Sentiasa bersihkan tangan. Kalau boleh kurangkan aktiviti di luar rumah.

“Bagi penduduk di luar kawasan ini, nasihat saya pertamanya jangan berkunjung ke kawasan ini buat masa ini. Itu lebih baik supaya kita tidak terdedah kepada jangkitan wabak COVID 19,” katanya. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button