pilihanPolitik

Teori PRU15: BN – PH gabung, Anwar jadi PM, pecat Zahid, Zahid tubuh parti baharu!

Datuk Seri Zahid Hamidi memiliki potensi tinggi mengikut jejak bekas ahli UMNO yang lain dengan menubuhkan parti baharu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebarang kemungkinan boleh terjadi dan jika membayangkan ‘kedewaan’ Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, dia boleh sahaja membuat magik untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Namun antara perkara menarik yang boleh berlaku selepas BN – PH bergabung pasti mengundang pelbagai drama tanah air yang mengalahkan drama swasta yang muak ditonton ramai.

Bayangkan jika BN – PN bergabung, sebagai anak murid, Zahid akan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana PH memiliki 82 kerusi majoriti.

Setelah Anwar berjaya menguasai gagasan baharu, Zahid tiba-tiba dibuang atas alasan yang pelbagai seperti mungkin salah guna kuasa, liwat dan sebagainya.

Setelah Zahid dibuang daripada gagasan baharu, seluruh warga gagasan baharu yang tidak menyokong Anwar akan mengikut gerak langkah Zahid.

Disebabkan Zahid merasakan dirinya masih mempunyai sokongan yang kuat, Zahid menubuhkan sebuah parti baharu yang menjunjung ideologinya lebih segar berbanding UMNO / BN.

Maka Zahid antara yang akan juga berdiri sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan bersungguh-sungguh menentang perkara yang tidak sekepala dengannya.

Ketika itu, parti yang didiami orang-orang Melayu menjadi semakin banyak seperti UMNO, PAS, PKR, Bersatu, Amanah, Parti Bangsa Malaysia dan yang terbaharu, parti Zahid.

Sampai ke sudahlah orang-orang Melayu akhir zaman akan terus berpecah dan gangguan itu bukan lagi disebabkan Belanda, Portugis, British dan lain-lain tetapi oleh bangsa Melayu itu sendiri!

(Visited 818 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button