Nasionalpilihan

18 individu termasuk 7 wanita ditahan terlibat parti liar

18 individu termasuk tujuh wanita ditahan kerana terlibat dengan parti liar yang diadakan di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, Kepong pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 1 pagi dan ketika itu, terdapat bunyi muzik yang kuat dan kesemua suspek sedang meminum minuman keras.

“Siasatan awal mendapati, seorang daripada suspek berusia 27 tahun adalah penganjur parti liat tersebut dan didapati sudah mula menjalankan aktiviti ini sejak awal bulan lalu.

“Suspek mengadakan promosi parti liar menerusi aplikasi Wechat dengan mengenakan bayaran sebanyak RM150 bagi sewaan setiap bilik selama tiga jam,” katanya.

Menurut Eng Lai, hasil ujian saringan air kencing juga mendapati sebanyak 12 orang suspek positif dadah jenis Amphetamine.

Selain itu, ketika serbuan itu juga, pihaknya menemukan sepeket plastik berisi serbuk disyaki dadah seberat 27.50 gram.

“Kesemua suspek akan ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Selain itu, kesemua mereka juga dikenakan kompaun kerana ingkat prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara,” katanya. -SM

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button