Nasional

Tak perlu risau peningkatan kes Covid-19

MASYARAKAT tidak perlu khuatir dengan pengingkatan kes baharu susulan pendekatan tertumpu yang agresif dan proaktif oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham berkata, pendekatan tertumpu menunjukkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan dalam mengesan lebih banyak kes Covid-19.

“Kes-kes yang dikesan ini sememangnya diasingkan dan diberi rawatan di hospital bagi memastikan virus COVID-19 tidak terus menular di kalangan masyarakat,” kata Dr. Noor Hisham dalam sidang akhbar hari ini.

Sehingga hari ini KKM telah mengenal pasti beberapa kumpulan sasar seperti rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan ditempatkan di pusat-pusat kuarantin, penduduk di lokaliti-lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan pasar-pasar yang berkait rapat dengan PBKL.

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak 67 kes baharu dikesan hari ini sementara 96 kes pula sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Jumlah kes aktif sebanyak 1,523 kes dengan 18 orang masih lagi ditempatkan di unit rawatan rapi dan 6 daripada mereka memerlukan bantuan alat penafasan.

Tiada kes kematian direkodkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kematian adalah 108 orang.-SM

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button