Nasional

Muda tak puas hati Zahid dilepaskan

Muda tidak berpuas hati dengan penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung keputusan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi.

Dalam kenyataan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Nurainie Haziqah Shafi’i, parti itu bertegas mahkamah memberi perintah seperti permohonan yang dibuat oleh pihak pendakwaan.

Semalam, AGC memaklumkan bahawa mahkamah menerima alasan pihak pendakwaan, dan hakim menyatakan alasan yang dikemukakan “cogent” (meyakinkan).

Muda bagaimanapun mahu AGC mengambil tanggungjawab penuh terhadap kenyataannya, “dan bukan seolah-olah menuding jari kepada mahkamah kerana membenarkan keputusan yang dimohon oleh pihak pendakwaan.”

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan AGC ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya memaklumkan pihak pendakwaan memberikan beberapa alasan termasuk keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kandungan buku oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas. – SM

 

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button