Nasionalpilihan

438,376 bakul makanan telah diagih kepada penerima kurang berkemampuan

Sebanyak 438,376 bakul makanan telah diagihkan kepada penerima kurang berkemampuan dan terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Program Bakul Makanan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) membabitkan peruntukan RM50 juta di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Sebagai tambahan kepada Program Bakul Makanan sedia ada, selain Program PRIHATIN Kasih, kerajaan juga telah memperuntukkan RM80 juta dengan agihan RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen termasuk Parti Pembangkang.

“Peruntukkan ini telah disalurkan kepada semua Ahli Parlimen bermula 1 Julai 2021. Baki selebihnya untuk pengagihan bakul makanan kepada masyarakat orang asli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan LAKSANA ke-60 yang disiarkan menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, kerajaan tidak memandang perbezaan politik.

“Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.

“Gunalah peruntukkan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan Parlimen masing-masing,” katanya. -SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button