Nasional

Covid-19: Hampir 70 peratus pesakit di Malaysia sembuh

MALAYSIA hampir mencapai kejayaan untuk memerangi dan menghapuskan penularan Covid-19 apabila kira-kira 67.99 peratus daripada 5,820 pesakit yang mendapat jangkitan itu telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah seramai 3,957 orang termasuk terbaharu 95 pesakit hari ini telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Dr. Noor Hisham berkata, ketika ini sejumlah 1,764 termasuk 40 kes baru hari ini sedang mendapatkan rawatan. Daripada jumlah itu seramai 37 orang dimasukan ke dalam unit rawatan rapi dengan 17 orang daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Hari ini turut mencatatkan satu kematian keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 99 kes.

Sementara itu BERNAMA melaporkan angka kes pulih COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif apabila mencatatkan jumlah dua kali ganda daripada bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Dr Noor Hisham berkata sehingga pukul 12 tengah hari tadi, jumlah kes positif baharu pula terus mencatatkan angka dua digit iaitu 40 kes, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,820 kes, kata beliau.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media harian berkaitan COVID-19 di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 99 kes, atau pun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata kes kematian ke-99 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok yang telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 7 April dan disahkan meninggal pukul 4.31 pagi tadi.

Sehingga kini, Dr Noor Hisham berkata  seramai 37 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 17 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata kes kematian ke-99 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok yang telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 7 April dan disahkan meninggal pukul 4.31 pagi tadi.

Sehingga kini, Dr Noor Hisham berkata  seramai 37 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 17 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. -SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button