Nasional

Rakyat Malaysia perlu bersyukur, negara lain jauh lebih teruk – Dr. Mahathir

RAKYAT Malaysia perlu bersyukur kerana situasi wabak Covid-19 di negara ini jauh lebih baik berbanding dengan negara-negara lain.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun hari ini umat Islam di negara ini tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti biasa, tetapi sekurang-kurangnya wabak Covid-19 di negara ini tidak seteruk negara lain.

Oleh itu katanya, rakyat negara ini perlu bersyukur dan menerima situasi yang berlaku itu termasuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan.

‘Kita harus bersyukur kerana di negara-negara lain keadaan jauh lebih teruk. Mereka nak ada sekatan pun tak dapat.

“Mereka bercampur-campur. Mereka tak ikut aturan dan dengan itu ada besar kemungkinan lepas raya nanti akan ada yang akan dapat jangkitan,” katanya melalui klip video Aidilfitri yang disiarkan di Facebooknya.

Katanya, Malaysia bernasib baik kerana rakyatnya lebih tertib dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

“Di Malaysia kita tertib, kita patuh kapada peraturan-peraturan, insya Allah dengan ini penyakit ini akan berkurangan,” katanya.

https://youtu.be/BFgl8ozedFY

Pada hari ini pun kata Dr. Mahathir, kes-kes positif Covid-19 sudah berkurangan, tetapi ia perlu terus dilakukan hingga sampai kepada angka sifar.

Sehubungan itu katanya, rakyat Malaysia perlu terus patuh kepada peraturan termasuk kali ini terpaksa berhari raya dalam keadaan tertutup.

“Tahun ini kira beraya dalam keadaan tertutup, iaitu kita tidak seperti biasa. Bebas  untuk ke sana sini melawat kawan-kawan melawat ahli keluarga dan sebagainya.

“Namun demikian walaupun raya duduk di rumah, tetapi duduk dirumah itu memadailah, memandangkan penyakit itu merebak ke seluruh Malaysia,” katanya.

Oleh itu katanya, adalah penting untuk rakyat negara ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan Covid-19 tidak merebak.

“Kita sedar bahawa perintah berkurung  (PKPB) ini adalah perintah yang penting kita ikuti. Jika tidak oenyakit ini akan merebak kepada lebih ramai rakyat negara ini.

“Walapun kita kecewa sambut raya tahun ini tak macam dahulu, tetapi  insya Allah kalau (kita) dapat kurangkan penyakit ini sehingga ia berhenti, mungkin insya Allah tahun depan dapat sambut raya seperti biasa,” katanya.

Dalam klip video selama kira-kira 12 minit itu. Dr. Mahathir bersama isteri. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di negara ini. – SM

(Visited 628 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button