Diari AG

Tahan bersin takut ‘sebar virus’

SEJAK heboh cerita koronavirus (coronavirus), AG pun teruja setiap kali ada penumpang dari hospital naik.

Sama ada mereka doktor, jururawat atau masih belajar, AG akan ambil kesempatan untuk bertanya tentang keadaan semasa koronavirus.

Mereka pula melayan dengan baik. Perbualan kami berlangsung dalam suasana harmoni.

Daripada mereka juga, AG tahu di hospital mana suspek kes koronavirus ditempatkan untuk menjalani proses saringan lanjut dan rawatan.

Maklumat diberikan sedikit-sebanyak dapat membantu AG mengambil langkah pencegahan.

Akhirnya keprihatinan AG tentang virus yang berpunca daripada haiwan ini terbawa-bawa kepada penumpang-penumpang lain. Tanpa was-was, AG akan selalu ingatkan mereka mengapa perlu memakai penutup hidung dan mulut.

Nak jadi cerita, ada seorang penumpang,
mungkin dia selesema. Disebabkan dari awal lagi AG dah bercerita tentang koronavirus, dia pun mengatakan kebimbangannya dengan wabak ini.

Bila AG tanya, kenapa tak pakai penutup hidung dan mulut katanya, dia pakai kalau berada di tempat awam. Contoh naik LRT atau komuter.

Ok la kalau begitu, kata AG. Perbualan kami terhenti seketika. AG pun terus beri perhatian pada pemanduan, tempat dituju masih jauh.

Yang membuatkan AG kesian kat penumpang ini, dia beberapa kali cuba menahan daripada bersin.

AG tahu dia nak sangat bersin tapi takut agaknya. Sebab awal-awal lagi AG dah maklumkan tanda-tanda virus dan bagaimana virus itu tersebar.

Mungkin dia tak nak dituduh sebagai penyebar virus. 😂😂😂. Terpaksalah dia tahan. AG perasan dia nak hembus hingus pun tak berani.

AG pula buat-buat tak faham. Tak mahu lah AG tanggung risiko. Buatnya dia memang pembawa virus tu macam mana?? Takut pula AG kena sama. Kalau pakai topeng tadi boleh saja bersin.

Penyeksaan dia lama juga. Tiba tempat dituju, dia tak sabar-sabar nak turun. Sampaikan duit lebih yang AG kena pulangkan pun dia tak sempat nak ambil. Makanya terpaksalah AG pula kejar dia 😂.

Jadi nasihat AG, ambil lah langkah-langkah pencegahan sebelum terlambat.

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button