Diari AG

Mat saleh gelisah, gara-gara waze buat hal

21 Januari 2020:

BERMULA hari ini AG akan kongsi kisah penumpang Grab yang akak salah seorang pemandunya. Lupa nak beritahu AG bukannya deejay merangkap pengacara popular tu. AG yang dimaksudkan ialah Akak Grab. Hehehe.

Ok baru tadi AG dapat seorang penumpang mat saleh. Kalau dah mat saleh, susuk tubuh biasanya besar dan tinggi. Mat saleh yang AG bawa ini tingginya kira-kira enam kaki – hampir dua kali ganda tinggi dia berbanding AG. Jangan pulak membayangkan kaki dia ada enam eh.

Kalau ada enam kaki makanya AG cabut dulu hahaha. Yang nak diceritakan ialah sewaktu terima tempahan, nama yang tertera di skrin telefon AG turut bertulis Afrika. Maknanya kalau nama dia John jadi John Afrika. Bila terpandang Afrika, dalam hati cuak juga. Maklumlah banyak cerita ‘seram’ pernah AG dengar tentang sikap segelintir orang Afrika yang tinggal di Malaysia.

Seorang kawan AG yang juga pemandu Grab pernah menerima kejutan ditunjukkan ‘anu’nya.

Bila teringat kisah kawan tu, AG pon dalam berkira-kira nak batalkan sahaja tempahan tadi.

Keinginan untuk membatalkan tempahan makin kuat memandangkan lokasi ‘pick up’ adalah di kawasan kilang. Jalan ke situ pula lenggang.

Sampai sahaja ke tempat dituju, mata melilau mencari penumpang yang disangka negro Afrika.

Dalam kepala dah pasang strategi, kalau nampak negro bermuka ganas, agak mengancam keselamatan, tekan butang kansel dan cabut.

Tup-tup ada seorang mat saleh berdiri tepi tingkap kereta. Dia menunggu untuk dipelawa naik.

Lega sikit hati sebab bukan lelaki Afrika seperti yang kawan AG pernah dapat dan sampai sekarang dia masih trauma nak bawa Grab.

AG pon ajak dia naik.

Bermulalah perjalanan ke sebuah kondominum mewah di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Kat sini kisahnya. Baru beberapa minit gerak, AG nampak menerusi cermin pandang belakang,  mat saleh tadi macam tak selesa duduk. Mata dia sekejap pandang kiri, sekejap pandang kanan.

Hah sudah. Apa hal pula mat saleh ni kata AG dalam hati. Serentak suspen datang menyerang.

AG pon cuba jadi ramah-tamah bertanya (dalam bahasa orang putih), “Encik rasa panas ke?” sambil besarkan lagi pendingin hawa.

Rupa-rupanya dia pelik tengok AG berpusing-pusing kat kawasan itu juga. Lepas itu dia kata “Awak boleh u-turn saja kat tempat pick up tu tadi sebelum terus masuk ke jalan besar.”

“Oh ye ke,” kata AG sambil ketawa kecil untuk selindung rasa malu. Hampir lima minit juga AG pusing-pusing sebelum waze tunjuk jalan keluar.

Sebenarnya inilah dilema pemandu Grab lebih-lebih lagi bagi perempuan Melayu terakhir macam AG. AG bukan kaki rewang. Jadi tak banyak tempat yang AG boleh tuju tanpa waze.

AG letak sepenuh kepercayaan kepada penunjuk arah elektronik ini. AG tak dapat bayangkan kalau tengah-tengah memandu, tiba-tiba line tak ada.

Kau rasa?

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button