Ekonomi

Altel pamer kenderaan autonomi 5G di Langkawi

ALTEL Holdings Sdn Bhd, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat AlBukhary dan Tradewinds Corp, mempamerkan kenderaan ulang-alik autonomi empat tempat duduk di Projek Demonstrasi 5G Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 5G (5GDP) di sini.

Dalam kenyataan hari ini, Altel berkata ia akan menggunakan Tradewinds ‘Pelangi Beach Resort & Spa sebagai tapak untuk pelancong dan tetamu mengalami pengalaman perkhidmatan ulang-alik autonomi tersebut.

Projek ini diusahakan menerusi perkongsian Altel dengan MooVita, syarikat pemula niaga teknologi pintar, khusus untuk menyediakan penyelesaian perisian kenderaan agnostik tanpa pemandu dalam persekitaran bandar.

“Teknologi autonomi ini memain peranan dalam mengangkut manusia, objek, selain meningkatkan kecekapan keselamatan.

“Kami membayangkan ia bakal digunakan dalam industri yang memerlukan pengangkutan dan logistik, lokasi menarik dan kemudahan pendidikan,” kata Ketua Pegawai Operasi Altel, Akmal Fadzil.

Menerusi projek ini, Altel menyediakan sambungan 5G melalui kerjasama industri dengan Telekom Malaysia Bhd bagi membolehkan MooVita membangunkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan persekitaran yang bersih pada masa depan.

Altel menyediakan penyelesaian rangkaian dan mudah alih menggunakan teknologi tanpa wayar dan beroperasi sebagai Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds Muhammad Zainal Ashikin berkata syarikat itu menjangkakan masa depan yang cerah, dengan persekitaran kerja yang lebih selamat, lebih hijau dan lebih cekap

“Pengenalan 5G dan teknologi autonomi akan merevolusikan Malaysia. Kami berharap dapat melancarkan penyelesaian untuk mencipta pengalaman unik, dan meningkatkan pengalaman tetamu kami dalam semua operasi kami,” katanya.

Teknologi autonomi menghantar data melalui 5G dan memandu arah melalui laluan dan mengelak halangan menggunakan pengesanan cahaya dan sensor yang dibangunkan oleh Pioneer Smart Sensing Innovations Corp.– BERNAMA

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button