Nasional

Cemuhan jual jamu Mon Juice kuatkan semangat Muhammad Azwadi

TOLAK tepi perasaan malu kerana menjual jamu wanita dan  dicemuh kerana sering mendekatkan diri dengan pelanggan wanita untuk memberi penerangan dan menjual produk kepada golongan tersebut, tidak melemahkan semangat Muhammad Azwadie Huzzaimi.

Pemuda berusia 23 tahun berasal dari Kemaman, Terengganu itu tidak melihat ia suatu perkara yang merendahkan imejnya sebagai seorang lelaki tetapi ia menjadi suntikan semangat untuk meneruskan legasi perniagaan neneknya yang sebelum ini begitu popular di kampung kerana menjual jamu.


“Saya bukan buat perkara tidak senonoh, saya minat berniaga sejak remaja lagi,” katanya ketika ditemui pada sesi temubual dan pengenalan produk terbaharunya di pasaran, Mon Juice di Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah dan Pengasas Bersama syarikat, Amie Lizza Piadin.
Muhammad Azwadie merupakan generasi ketiga di dalam keluarganya yang terlibat dalam dunia perniagaan menjual jamu dan berasa ia perlu dikomersialkan bagi mengelakkan resipi neneknya itu lenyap ditelan perubahan zaman.


“Saya melihat sendiri ramuan itu dicampur, dikisar dan diproses secara tradisional, Ia dihasilkan dalam bentuk kapsul dan dikenali sebagai Rahsia Bonda tetapi tidak dijual secara meluas, pasarannya hanya terhad di sekitar kampung,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau menerangkan, Mon Juice yang telah berada di pasaran sejak akhir tahun lalu dihasilkan daripada manjakani, saffron, getah jadam dan ekstrak strawberi sebagai perasa.

Produk yang telah menjalani kajian dan pembangunan lebih daripada enam bulan itu antaranya ialah ia bertindak sebagai awet muda membantu meningkatkan kesihatan dalaman wanita, membantu mencegah jerawat, , membantu mengurangkan angin dalam badan, melancarkan sembelit dan mengurangkan bau badan dan mulut.


Mengulas mengenai prestasi jualan produk, graduan Kejuruteraan Mekanikal itu memaklumkan bahawa ia telah bertambah kepada 3,000 kotak sebulan ekoran peningkatan keyakinan terhadap testimoni positif daripada pelanggan sedia ada.

“Kami mengunjurkan jualan akan meningkat tiga kali ganda pada tahun 2020,” jelasnya.
Harga sepaket Mon Juice ialah RM79 sekotak dan ia ditawarkan dalam bentuk sachet bagi memudahkan pelanggan mengambilnya sekali setiap hari selama 15 hari selama sebulan.

Pengambilan jamu itu tidak dibenarkan ketika pelanggan di dalam haid.

Selain itu, produk jamu itu boleh juga diambil oleh pelanggan lelaki bertujuan untuk membantu menambah stamina kaum tersebut.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi di talian 011-1121 7507, facebook Mon Juice dan [email protected]. – SM

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button