Hiburan

Sharifah Sakinah akui bercinta dengan teman lelaki ‘mat saleh’

SELEPAS mengesahkan dirinya bercerai dengan suami sejak Mei yang lalu, pelakon, Sharifah Sakinah memberitahu yang dia kini sedang bercinda dengan jejaka ‘mat saleh’.

Pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu juga memberitahu yang dia sentiasa bersikap terbuka bila bercerita mengenai hubungannya bersama orang lain.

“Saya seorang yang telus. Kalau betul, saya akan mengaku sahaja,” katanya ketika ditanya status sama ada jejaka mat saleh itu adalah kekasihnya.

Mengulas lanjut, Sakinah berkata, dia mula berkenalan dengan lelaki itu selepas edahnya tamat.

Jelasnya, jarak usia antara mereka juga jauh berbeza di mana lelaki tersebut berumur 10 tahun lebih dua daripadanya.

Berkenaan dengan perkenalannya mereka, Sakinah memberitahu mereka berkenalan selepas tamat edah dan menyatakan usia jarak mereka jauh berbeza, di mana jejak tersebut 10 tahun lebih tua daripada dirinya.

Sakinah sebelum ini pernah memberitahu yang dia enggan kembali ke pangkuan bekas suaminya, Aliff Adha.

Alasan keputusan itu dibuat adalah untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan anak perempuannya, Anais Adha yang berusia tiga tahun.

Selain kisah penceraiannya yang mengejutkan ramai pihak, Sakinah juga sebelum ini sering mendapat kecaman netizen kerana gambar-gambarnya yang disifatkan terlalu seksi. -SM

(Visited 711 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button