fbpx
Politik

PAS bantu kempen PN, BN

PAS mula membantu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu telahpun menggerakkan 500 jentera partinya ke seluruh Sabah untuk membantu kemenangan calon BN dan PN.

Jelasnya, Pas memberikan komitmen itu untuk melihat PN dan BN di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merampas semula tampuk pemerintahan Sabah dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Malam ini saya akan jumpa semua jentera Pas di seluruh Sabah untuk kami gerakkan,” katanya.

Untuk memastikan kemenangan  GRS, PN dan BN perlu berbincang dan mencapai kesepakatan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah secara berpasukan.

Katanya, PN dan BN memerlukan kemenangan dua pertiga majoriti agar kedudukan kerajaan baharu lebih kukuh daripada sebelum ini.

“Kita mesti muafakat, kita mesti menguasai dua pertiga majoriti di Sabah jadi kita perlu duduk berbincang. Masing-masing sudah hantar calon tapi tak apa nak tarik balik pencalonan tidak boleh.

“Oleh kerana itu pimpinan parti perlu duduk bersama dan tengok kekuatan DUN ini kekuatan mana rakan kita boleh mencapai kemenangan.

“Waktu itu kita solid sepakat tidak boleh pecah undi kalau pecah undi kita bimbang kita gagal mencapai kemenangan. Walau hakikatnya kalau kita gabung parti-parti kita boleh capai kemenangan besar,” katanya.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!