fbpx
Bola SepakSukan

Bale sedia kembali ke pangkuan Tottenham

GARETH Bale kini dalam rundingan untuk pulang ke pangkuan Tottenham.
Ejen Bale, Jonathan Barnett mengesahkan rundingan antara Spurs dan Real Madrid sedang berjalan bagi mendapatkan khidmat bintang antarabangsa Wales itu secara pinjaman.
Tottenham dijangka tidak berdepan masalah mengetepikan persaingan yang hadir daripada Manchester United untuk membawa pulang Bale ke White Hart Lane.
“Gareth masih menyayangi Spurs. Kelab itu merupakan destinasi pilihannya,” kata Barnett.
Perjanjian itu dilihat sebagai pilihan terbaik buat Tottenham dan ia dijangka memberikan suntikan semangat buat Jose Mourinho.
Real telah meletakkan Bale dalam pasaran perpindahan dan tindakan itu ternyata berjaya memancing minat Spurs dan United.
Boss Spurs, Mourinho kini terdesak untuk mengukuhkan pasukannya dan Tottenham sedang cuba menjadikan rundingan dengan Real berjaya.
Bagaimanapun, halangan terbesar terpaksa diharungi Spurs ialah gaji Bale sebanyak 600,000 pound (RM3.19 juta) seminggu, namun, Real difahamkan bersedia memberikan subsidi berhubung isu gaji bagi memastikan pemain tersebut meninggalkan pasukan itu.
Ini bermakna Spurs hanya perlu membayar gaji Bale sebanyak 250,000 pound (RM1.32 juta) seminggu, sementara Real turut bersedia menjual pemain itu berbanding meminjamkannya.
Kedua-dua kelab dipercayai amat berharap dapat mencapai persetujuan bersama.
Bale, 31, meninggalkan Tottenham untuk menyertai Real yang pada ketika itu membabitkan perpindahan yang mencatat rekod dunia sebanyak 85 juta pound (RM452 juta) pada 2013 dan sejak itu, dia telah meledakkan lebih 100 gol serta memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara. – Mirror UK – SM

Show More

Related Articles

Back to top button