Nasional

Topeng muka: Tuduhan blogger pro-PH berniat jahat, kata Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan blogger pro-Pakatan Harapan kononnya kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin membuat keuntungan RM18 juta ringgit setiap bulan dengan kenaikan harga topeng muka sebanyak 150 peratus.

Jelas beliau tuduhan tersebut sangat berniat jahat kerana mengambil peluang menghasut rakyat dengan menuduh kerajaan PN sengaja menaikkan harga topeng muka dari 80 sen hingga RM2.00 untuk mengaut keuntungan RM18 juta sebulan ketika wabak Covid-19 sedang melanda.

Najib mendakwa kerajaan Pakatan Harapan gagal mengatasi isu bekalan topeng muka yang telahpun menunjukan petanda kekurangan dalam pasaran tempatan sejak Februari.

“Pada ketika itu, rejim PH pun membuat satu lagi jaminan tak boleh pakai mereka bahawa bekalan topeng muka adalah mencukupi. 13 Feb 2020: COVID-19: Kerajaan jamin bekalan topeng muka mencukupi – Saifuddin
http://www.astroawani.com/…/covid-19-kerajaan-jamin-bekalan…

“Selain menipu, kerajaan PH juga gagal mengambil kira satu perkara, bahawa permintaan topeng muka dari negara-negara lain di luar China akan meningkat begitu pantas sekali. Sejak pertengahan bulan Februari, kenaikan kes Covid di luar China telah jauh melebihi China,” kata Najib.

Sementara itu Najib mendedahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengharamkan pengeksportan topeng muka buatan Malaysia pada hari kedua selepas menteri Kabinet dilantik.

Menurut Najib, arahan menghalang topeng muka dieksport keluar negara hanya diwartakan secara rasmi minggu lepas.

“Ramai yang tidak tahu bahawa pada hari kedua Menteri PN masuk kerja iaitu 12 Mac, kerajaan PN telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan eksport topeng muka yang entah kenapa tidak pernah dihalang oleh kerajaan PH dahulu walaupun wabak Covid-19 sudahpun teruk.

“Dengan ini, empat kilang pengeluar topeng muka tempatan kini telah diarahkan oleh kerajaan PN untuk membatal kontrak eksport mereka dan membekal pasaran domestik,” kata Najib.

Najib mencadangkan kerajaan menggunakan tempoh perintah kawalan keluaran dua minggu ini untuk mencari pembekal baru dari seluruh dunia bagi memastikan bekalan topeng muka tempatan akan cukup bagi jangka masa pendek.

Kerajaan juga perlu menggalakan serta membantu kilang-kilang termpatan untuk memulakan pengeluaran topeng muka dan mesin topeng muka.

“Menghasilkan topeng muka bukan satu cabaran tekonologi yang teramat canggih manakala negara kita adalah pengeluar bahan plastik dan petroliam yang merupakan sebahagian dari bahan mentah utama untuk menghasilkan topeng muka.

“Memastikan pengeluaran topeng muka tempatan adalah mencukupi untuk negara juga adalah satu aspek untuk menjamin keselamatan negara,” kata Najib.-SM

 

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button