Diari AG

Jangan sampai kena saman..

25 Januari 2020:

SEMALAM AG pusing-pusing bandar hampir dua jam cari kedai alat gantian kereta. Kalau bawa Grab, dua jam tu boleh la dapat dekat RM100.

Sebab nak tumpukan perhatian cari kedai alat ganti kereta, AG tak nak buka aplikasi Grab. Bimbang juga nanti kedai ke mana, AG ke mana.

AG nak betulkan tali pinggang keledar yang rosak. Bukan tali pinggang keledar pemandu. Tapi untuk keselamatan penumpang belakang.

AG tak perasan salah satu tali pinggang keledar tu dah rosak. Sejak bila rosak? Tak dapat AG nak jawab sebab selama ini AG tak ambil kisah pun.

Brian kot yang rosakkan? Eh tak lah. AG tak fikir begitu. Tak baik tau tuduh-tuduh orang tanpa usul periksa. AG yakin Brian penumpang yang baik.

Walaupun berlaku tragedi kepala benjol, dia tetap senyum dan ucap terima kasih pada AG masa nak turun kereta. Rasanya bila sampai tempat dituju dengan selamat, dia dah tak marah AG lagi.

Dekat tempat duduk belakang kan ada dua set tali pinggang keledar. Set yang digunakan Brian AG tengok elok, tak ada cacat celanya. Berkali-kali AG periksa kelmarin. Yang rosak tu satu lagi.

Sikap ambil tahu AG datang tiba-tiba bila ada rakan-rakan AG kena saman baru-baru ini. Kesian mereka, penat bawa Grab dari pagi sampai malam nak dapatkan RM300. Kadang-kadang makan pun tak sempat nak kejar trip. Tak sampai lima minit duit hilang begitu sahaja. Bukan sebab kena curi tapi didenda – terpaksa bayar saman!

Sehari dua ini Grab pun sibuk hantar pesanan menerusi aplikasi mesej pada pemandu-pemandu macam AG supaya jangan lupa ingatkan penumpang pakai tali pinggang keledar.

AG percaya pihak Grab pun tak mahu benda buruk berlaku pada pemandu-pemandu mereka.

Ya la kalau pemandu bermasalah, mereka juga yang terima tempiasnya – komisen mereka ‘lari’.

Bagi pihak berkuasa pula, dah tentu mereka hanya menjalankan tanggungjawab. Kita buat salah, kita la yang kena tanggung akibatnya.

Eh apa pulak kita? Yang tak pakai tali pinggang tu penumpang. Kenapa pemandu pula kena saman.

Hellooo..kereta itu siapa punya? Dah kereta kita, kenalah bertanggungjawab. Kalau penumpang berdegil tak mahu pakai, elok kita jangan ambil risiko. Bukan sahaja mengundang kena saman, ditakdirkan berlaku kemalangan, siapa susah?

AG dah melaluinya. Walaupun kes Brian hanya ‘kemalangan kecil’, kepala dia terselamat daripada kecederaan lebih besar. Sebab apa? Sebab dia tak mengamuk masa AG ‘paksa’ dia pakai tali pinggang keledar. Jadi, kita punya kereta, kita lah yang mesti sentiasa berwaspada.

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button