Diari AG

Jika PKP dilanjutkan kerajaan perlu utamakan kumpulan bekerja sendiri

KERAJAAN perlu memberi keutamaan kepada kumpulan bekerja sendiri dalam apa juga tindakan dan pemberian bantuan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Penerangan UMNO Shahril Suffian Hamdan berkata, kerajaan perlu menyesuaikan tindakan berasaskan data dan segala inisiatif perlu bersasar kepada golongan yang memerlukan lebih daripada yang lain.

Menurutnya, kumpulan bekerja sendiri sewajarnya diberikan keutamaan berdasarkan hasil tinjuan pendapat Kesan Covid-19 Kepada Ekonomi dan Individu yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Negara (JPN).

Tinjauan JPN itu mendapati lebih 70 peratus daripada responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang daripada satu bulan sahaja.

Berbanding 83 peratus pekerja swasta mempunyai simpanan sehingga dua bulan. Manakala 79 peratus pekerja syarikat berkaitan kerajaan dan 75 peratus syarikat multinasional mempunyai simpanan sehingga 4 bulan.

“Bermakna apa? Golongan yang bekerja sendiri perlu jadi perhatian pertama kerajaan.

“47 peratus golongan yang bekerja sendiri sudah melaporkan hilang pekerjaan sepenuhnya. Ini statistik yang amat mengejutkan,” kata Shahrir.

Selain itu, beliau juga berkata, berdasarkan perangkaan tersebut kerajaan juga perlu memberi fokus terhadap mereka yang bekerja di sektor pertanian dan perkhidmatan.

“Kajian mendapati sektor Pertanian dan Perkhidmatan didapati mencatatkan peratusan kehilangan
pekerjaan yang lebih tinggi berbanding sektor lain, masing-masing 22% dan 15%.

“Dalam kalangan sektor pertanian pekerja di sub sektor perikanan dan pertanian dan perladangan masing-masing kehilangan pekerjaan sebanyak 33% dan 21%.

“Pembaca boleh tafsir sendiri majoriti yang bekerja di sektor perikanan, perladangan ini terdiri dari kelompok mana?” kata Shahril.


Shahril berkata, kerajaan sudahpun membuat permulaan baik dengan pakej prihatin dan prihatin tambahan bagi membantu rakyat berikutan situasi yang dicetuskan oleh Covid-19.

Langkah tersebut memberikan kerajaan masa untuk kaji data dan merangka langkah seterusnya.

“Contoh, jika PKP terpaksa dilanjutkan, kerajaan sudah ada data menggambarkan golongan mana yang mesti diberi perhatian segera.

“Kerajaan sudah mula ada data, sektor mana yang perlu perhatian lebih jika ekonomi kekal suram selepas PKP,” kata Shahril.-SM

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button