Nasional

Muslimat Pas jahit topeng muka sendiri

Prihatin dengan keperluan petugas kesihatan dan perubatan amat  memerlukan pelindung muka, Dewan Muslimat Pas Malaysia melalui inisiatif Jabatan Muslimat Medikal Team (MusMedik) berjaya menghasilkan pelindung muka DIY bagi kegunaan golongan ini.

Harakah melaporkan sebanyak 860 unit pelindung muka telah berjaya dihasilkan setakat ini di mana pelindung muka ini telah diagihkan kepada hospital dan pusat kesihatan sekitar Bangi, Serdang, Cheras dan Putrajaya hari ini.

Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Salleh menggalakkan muslimat di peringkat kawasan menghasilkan pelindung muka ini sebagai sumbangan kepada petugas kesihatan di daerah masing-masing.

Muslimat Pas juga turut mengharapkan inisiatif-inisiatif sebegini dapat dipelbagaikan untuk membantu pihak kerajaan dalam membendung penularan wabak pandemik Covid-19 ini.

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button