Ekonomi

Usanita dan PERKEP bergabung dalam usaha meningkatkan martabat wanita Malaysia

USANITA Sdn Bhd berbesar hati menerima jemputan kolaborasi bersama Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP). Matlamat dan misi yang dijalankan oleh kedua organisasi ini hampir serupa iaitu dengan mengangkat kehebatan wanita secara umum. Walaupun Usanita sering dikaitkan dengan program yang berbentuk keusahawanan, Usanita kali ini mahu melebarkan sayap dengan lebih lagi dengan perkongsian tentang kesihatan mental dan menjaga kebajikan para wanita.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Puan Sri Zainah binti Othman selaku Pengerusi PERKEP Malaysia kerana percaya pada Usanita Sdn Bhd untuk bersama-sama menjalin usahasama dibawah payung PERKEP dalam mengejar misi dan visi yang sama iaitu membantu wanita membina keyakinan dan saling memberi sokongan antara satu sama lain bagi mencapai kesejahteraan hidup . kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan ketika di Majlis Hi- Tea PERKEP Malaysia X Usanita yang berlangsung di Four Season, Kuala Lumpur.

Majlis ini juga turut dihadiri seramai 200 ahli PERKEP Malaysia dan Usanita Sdn Bhd menampilkan juga rakan strategik mereka iaitu Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari & Zoey Rahman sebagai pengacara majlis dan badan-badan korporat yang terlibat rapat dengan Usanita Sdn Bhd. Turut serta pada program ini ialah usahawan Perintis Usanita yang membuka booth jualan produk mereka.

Bercakap mengenai kolaborasi ini Adzliana berkata “Saya percaya gabungan ini akan menjadi inspirasi pada ramai kaum wanita di Malaysia bukan sahaja dikalangan ahli PERKEP bahkan juga oleh lain-lain gabungan dan individu-individu secara keseluruhannya. Saya melihat Puan Sri Zainah sebagai Iron Lady kerana tanggungjawab yang digalas oleh beliau amat besar.”

Menurut pengerusi PERKEP Malaysia Puan Sri Zainah Bt Othman dia melihat pelbagai liku dan rintangan yang sering dihadapi oleh para wanita terutama oleh isteri pegawai dan anggota Polis dan beliau terpanggil untuk membantu mereka untuk bangkit dan menjadi wanita yang hebat. Kerana pada pandangan beliau wanita merupakan insan yang kuat dan bersemangat kental, mereka ini hanya perlukan sedikit suntikan kesedaran untuk mereka terus maju.

Wanita para isteri anggota dan pegawai PDRM ini adalah tulang belakang kepada keluarga yang akan mendidik anak-anak dan membentuk keluarga, selaras dengan slogan PERKEP iaitu Keluarga Bahagia Pasukan Sejahtera.

“Saya percaya dengan adanya kepakaran dan pengalaman daripada Datuk Adzliana sebagai pemain industri pasti akan memeriahkan lagi pelbagai aktiviti yang akan dirangka bersama Usanita selepas ini. Aktiviti selepas ini akan lebih dekat dengan semua wanita yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan menjana ekonomi keluarga.” kata Zainah. Kolaborasi ini akan menjadi satu penanda aras yang baru buat Usanita Sdn Bhd untuk sentiasa berikan yang terbaik dalam semua program yang dijalankan dan memastikan objektif yang dirancang akan dicapai dengan jayanya. – SM

Artikel berkaitan > Usanita memperkasa usahawan wanita, Perintis Usanita melancarkan produk

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button