Auto TravelEkonomi

Tip Beli Kereta Pertama, Cara Kira Harga Kereta Yang Layak Dibeli Ikut Gaji Bersih

Katakanlah anda terlalu idamkan Honda City 1.5 V tetapi tidak mengetahui harga pasarannya sekitar RM90,400.63 dan bayaran kepada bank adalah sekitar RM920.00 untuk setiap bulan.

Dalam masa sama, anda langsung tak pernah pandang Perodua Axia 1.0 GXTRA yang hanya berharga RM35,100 dan bayaran kepada bank cuma RM419.00 sahaja untuk setiap bulan.

Mengikut kiraan, gaji RM1,500 – RM920 sebulan, anda masih memiliki baki sebanyak RM580 dan ia sudah cukup untuk anda memandu Honda City 1.5 V sambil menikmati hidup.

Jika ini yang anda terlintaskan di dalam fikiran, bertaubatlah serta campak imaginasi itu jauh-jauh kerana sebelum sampai ke tangan banker, perunding jualan akan berkerut dahinya.

Pertama, permohonan anda itu sudah tentu kena tolak dan yang kedua, gaji rendah tidak boleh beli kereta yang mahal mengatasi kemampuan pendapatan dan bagaimana perkara ini berlaku?

Untuk anda yang berpendapatan bersih RM1,500 selepas tolak EPF dan SOCSO, nilai kereta yang anda layak beli cuma bernilai RM30,000.

Jangankan kata nak beli kereta Perodua Myvi 1.5 Adv yang berharga RM54,400, nak beli kereta Perodua Bezza yang berharga RM34,500 pun pasti susah untuk lepas.

Biar pun gaji anda RM1,800 sebulan, banker pun akan berkira-kira kalau nak luluskan permohonan untuk beli Myvi 1.5 Adv tadi kerana kelayakan anda cuma RM36,000 sahaja.

Nampak tak betapa dahsyatnya ilmu ini? Ilmu yang tidak ada diajar di sekolah, institut pengajian tinggi awam / swasta mahu pun sesama rakan yang suka membawang.

Jadi berapa gaji minimum yang diperlukan dalam slip gaji untuk beli Honda City 1.5 V? Jawapannya adalah gaji bersih haruslah sekitar RM4,520 dan ke atas.

Apa perlu buat kalau anda bergaji RM1,500 nak juga beli Honda City 1.5 V tadi? Carilah penjamin yang nama tidak disenarai hitam dan ada pendapatan bersih RM3,020.

Siapa boleh jadi penjamin? Kebanyakan bank hanya akan menerima ibu bapa, pasangan suami isteri atau ahli keluarga selain adik-beradik.

Dari segi dokumen pula, anda perlu sediakan minimum tiga bulan slip gaji terkini, tiga bulan penyata bank terkini, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu dan 10 peratus deposit.

Dengan adanya empat dokumen ini, barulah perunding jualan dapat membuat semakan dengan lebih teliti dan memberi maklum balas sehingga anda berjaya mendapatkan kereta pertama.

Serius ingin membeli kereta dan buat semakan kelayakan secara percuma? Tekan link di bawah untuk tujuan konsultasi.

>> Semak Kelayakan Beli Kereta <<

(Visited 2,264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button