Nasional

UPSI, PTPM jalin kerjasama dengan 22 universiti Indonesia teroka inovasi teknologi pendidikan

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM) menjalin kerjasama bersama 22 universiti awam Indonesia dalam bidang Teknologi Pendidikan.

Prof Madya Ts Dr Mahizer Hamzah (empat dari kiri), Dr Mohd Hafiz Md Hanif (lima dari kiri) serta Prof Rudi Susilana( lima dari kanan) majlis menandatangani persetujuan persefahaman di UNS Tower, Universitas Sebelas Maret, Solo, Surakarta, Indonesia.

Kolaborasi berkenaan mencerminkan kesungguhan Asosiasi Program Studi Teknologi Pendidikan Indonesia (APS-TPI) dalam menjalinkan kerjasama dengan UPSI dan PTPM bersempena acara 8th Temu Kolegial APS-TPI.

Program yang berlangsung di UNS Tower, Universitas Sebelas Maret, Surakarta Jumaat lalu itu berjaya menarik lebih daripada 200 pensyarah dan ketua bidang teknologi pendidikan dari seluruh universiti awam di Indonesia.

Prof Madya Ts Dr. Mahizer Hamzah ( dua dari kiri) Dr Mohd Hafiz Md Hanif (kanan) ketika sesi menandatangani persetujuan kerjasama antara UPSI, PTPM, dan universiti-universiti dari Indonesia.

Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Pembangunan Manusia UPSI, Prof. Madya Ts. Dr. Mahizer Hamzah berkata program itu dianggap peristiwa bersejarah berikutan persetujuan kerjasama ditandatangani antara UPSI, PTPM, APS-TPI serta 22 universiti Indonesia yang turut dihadiri oleh wakil universiti dan ketua program Teknologi Pendidikan dari setiap universiti sebagai peserta.

Sesi menandatangani persetujuan kerjasama yang disaksikan oleh wakil ketua-ketua program studi Teknologi Pendidikan dari university-universiti Indonesia.

“Kerjasama ini diyakini dapat memajukan bidang teknologi pendidikan di rantau ini, malah akan menjadi jambatan penghubung bagi pertukaran ilmu, kemahiran, dan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan di antara dua negara.

Prof Rudi Susilana.

Katanya, dengan fokus Malaysia pada digitalisasi pendidikan dan inisiatif Merdeka Belajar Indonesia, pastinya kerjasama akan membawa banyak manfaat kepada kedua-dua negara dan UPSI sebagai universiti pendidikan akan menjadi nadi penghubung bagi kepakaran teknologi pendidikan di negara ini.

Setiausaha Agung Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM), Dr. Mohd Hafiz Md Hanif, berkata PTPM dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran dari Indonesia.

Prof Madya Ts Dr Mahizer Hamzah

“Kita dapat memperkayakan lagi penggunaan teknologi dalam pendidikan menerusi program-program latihan, persidangan, penerbitan dan pelbagai lagi aktiviti sosial yang memanfaatkan jaringan kepakaran dari kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi APS-TPI, Prof. Rudi Susilana melahirkan kegembiraannya atas kesungguhan kedua-dua negara dalam menggerakkan kolaborasi yang bermakna.

“Inisiatif ini menjadi contoh terbaik tentang bagaimana kedua-dua negara dapat berganding bahu untuk meningkatkan mutu pendidikan dan kerjasama ini akan membuka pintu kepada lebih banyak penemuan dan inovasi dalam bidang teknologi pendidikan”katanya.

Katanya, jaringan kolaborasi yang erat dapat meningkatkan penyelidikan, pembangunan, dan inovasi dalam bidang teknologi pendidikan berasaskan agenda yang sama, iaitu menggabungkan teknologi dalam proses pembelajaran untuk memperkayakan pengalaman dan kefahaman pelajar.

Dr. Mohd Hafiz Md Hanif

Di Malaysia, katanya, fokus pada digitalisasi pendidikan dianggap sebagai langkah strategik dalam menghadapi cabaran abad ke-21 dan inisiatif Merdeka Belajar dari Indonesia pula bertujuan untuk memberikan peluang pembelajaran yang lebih luas dan menyeluruh kepada pelajar.

“Persefahaman ini akan menjadi permulaan yang cemerlang dalam membina hubungan bersama Malaysia dan Indonesia untuk melangkah ke hadapan sebagai peneraju dalam bidang teknologi pendidikan di rantau ini,” katanya lagi. -SM

Baca : UPSI bangunkan modul AR-CSI bantu Kolej Matrikulasi dalam pembelajaran geometri molekul

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button