Nasional

Kayuhan MAIPs Peduli sangat istimewa – KPN

Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merupakan ‘program peduli rakyat daripada pemimpin’ yang sungguh istimewa. Justeru, ia merupakan satu program yang sangat menyentuh hati kerana baginda Tuanku mengenali sendiri setiap individu yang diperintah di negeri ini.

Demikian dikongsikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani selepas menyertai aktiviti berbasikal amal MAIPs Peduli di sekitar Simpang Empat pada petang semalam.

Acryl Sani turut mendoakan agar Tuanku Raja Muda terus dikurniakan dengan kesihatan oleh Allah swt dan juga kekuatan fizikal untuk terus menguruskan program murni ini demi kesejahteraan rakyat dan negeri Perlis yang penuh dengan keindahan ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Razarudin Husain yang turut serta dalam program tersebut berkongsi bahawa program murni tersebut datangnya daripada hati yang tulus yang mana ini merupakan kali pertama beliau menyertai sendiri aktiviti berbasikal untuk mencari, menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada asnaf.

Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan polis juga melakukan perkara seumpama ini tetapi ia bukanlah dengan berbasikal. PDRM melalui kontinjen masing-masing akan memilih ibu-ibu tunggal yang suaminya berkhidmat mungkin di bawah 15 tahun tetapi telah meninggal dunia dengan pencen terbitannya yang kecil dan itulah yang dilakukan oleh pihak PERKEP PDRM yang akan membuat sumbangan-sumbangan kepada yang memerlukan.

Turut serta ialah Ketua Polis Perlis, DCP Datuk Surina Saad dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran)) SAC Kamaruzaman Abdullah.

Sempena program pada kali ini juga Tuanku Raja Muda berkenan menyaksikan simbolik penyerahan ‘Tiga Unit Sumbangan TBAZ MAIPs untuk Pam Saliran Air PGA PDRM’ di pos-pos sempadan, menanam pokok bunga kertas di perkarangan
Masjid al-Hasyimi bersama Acryl Sany dan Razarudin, melancarkan ‘Kempen Kesedaran Jenayah – Pamplet PDRM’ di salah sebuah rumah yang disinggahi.

Ketua Polis Negara dan Timbalan beliau pada tengaharinya mengadakan kunjungan sembah mengadap ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Arau dan seterusnya mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negeri serta para pegawai kanan di Ibu pejabat Kontinjen PDRM Perlis, Seriab dan pulang ke ibu negara pada malam yang sama.

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button